Wednesday, July 14, 2010

Movieworld @ Gold Coast, Australia



9 Jun 2010

Hari ini saya pergi ke Movieworld. Kami sekeluarga bangun pada pukul 6.30. Selepas kami mandi, kami pergi bersarapan di restoran yang ada di dalam hotel kami. Pada pukul tujuh, bas kami datang. Kami menaiki bas dan terus pergi. Perjalanan ke Movieworld mengambil masa 30 minit dari hotel kami.

Apabila sampai di sana, adik kembar saya tidur. Ibu dan bapa saya mengejutkan adik saya. Sebelum masuk, saya mengambil peta untuk Movieworld daripada kaunter peta di sana. Di dalam Movieworld, ada banyak permainan yang seronok. Di situ juga ada banyak permainan wayang superhero seperti Superman dan Batman. Permainan yang saya paling suka ialah Scooby-Doo Spooky Coaster. Permainan itu sangat menyeramkan kerana ada beberapa robot yang seperti hantu.

Permainan kedua yang saya suka ialah Wild West Falls Adventure Ride. Permainan itu membuat saya basah kuyup kerana saya harus menaiki bot. Bot itu akan naik ke puncak gunung sebelum menggelongsor ke bawah. Saya berasa takut apabila bot yang saya naik, menjunam ke bawah kerana gelongsor air itu setinggi lima tingkat!

Permainan ketiga yang saya suka ialah Road Runner Rollercoaster. Saya suka permainan ini kerana permainan ini sesuai untuk orang yang takut naik permainan yang tinggi seperti saya. Saya juga naik permainan lain seperti Sylvester & Tweety Cages dan landasan kereta api Yosemite Sam.

Sebelum pulang, kami membeli beberapa cenderahati seperti cawan dan botol air. Saya tidak akan dapat melupakan Movieworld.

Sunday, July 11, 2010

Seaworld @ Gold Coast,Australia




















8 Jun 2010

Saya berada di Australia pada tanggal ini. Ibu dan bapa saya membawa kami sekeluarga melancong ke sana. Tempat pertama yang kita tujui ialah Seaworld. Saya nampak banyak jenis ikan di sana seperti ikan yu, ikan pari dan ikan lumba-lumba. Selain daripada ikan, kami juga dapat memegang tapak sulaiman. Di situ juga ada banyak permainan seperti Sea Viper, The Bermuda Triangle dan Viking. Oleh kerana ketinggian saya, saya tidak dapat naik satu permainan sahaja yang bernama Sea Viper. Di Seaworld, permainan yang saya paling gemari ialah Jet Rescue kerana sangat seronok. Saya naik permainan itu sebanyak 8 kali.

Saya berasa sedih apabila kami mesti pulang ke hotel. Sebelum kami pulang, kami membeli beberapa cenderamata. Saya tidak akan lupakan hari yang sungguh menarik ini.

Ekspedisi Merentas Hutan



30 Mei 2010

Pada pagi ini, saya pergi ke Macritchie Reservoir untuk berlari-lari anak. Saya pergi bersama ibu dan bapa saya. Kami berjalan menuju ke Treetop Trail. Dalam perjalanan itu, kami lihat banyak jenis pokok seperti pokok durian, pokok tumbang dan pokok yang disambar petir. Kami juga ternampak beberapa ekor monyet. Selepas penat berjalan selama beberapa jam, kami sampai ke jembatan treetop itu.

Saya berasa gembira kerana dapat melihat pemandangan yang cantik. Saya nampak kolam air yang luas, bangunan pencakar langit dan pucuk pohon-pohon yang tebal dan menghijau seperti permaidani yang tebal dan luas sekali. Apabila memandang ke bawah, saya berasa takut kerana jembatan itu tergantung sangat tinggi dari bumi.

Kami pulang pada waktu tengah hari. Walaupun penat, saya berasa bangga sebab dapat menikmati keindahan alam semulajadi di Singapura ini.