30 Mei 2010
Pada pagi ini, saya pergi ke Macritchie Reservoir untuk berlari-lari anak. Saya pergi bersama ibu dan bapa saya. Kami berjalan menuju ke Treetop Trail. Dalam perjalanan itu, kami lihat banyak jenis pokok seperti pokok durian, pokok tumbang dan pokok yang disambar petir. Kami juga ternampak beberapa ekor monyet. Selepas penat berjalan selama beberapa jam, kami sampai ke jembatan treetop itu.
Saya berasa gembira kerana dapat melihat pemandangan yang cantik. Saya nampak kolam air yang luas, bangunan pencakar langit dan pucuk pohon-pohon yang tebal dan menghijau seperti permaidani yang tebal dan luas sekali. Apabila memandang ke bawah, saya berasa takut kerana jembatan itu tergantung sangat tinggi dari bumi.
Kami pulang pada waktu tengah hari. Walaupun penat, saya berasa bangga sebab dapat menikmati keindahan alam semulajadi di Singapura ini.
No comments:
Post a Comment