Hari ini saya pergi ke Movieworld. Kami sekeluarga bangun pada pukul 6.30. Selepas kami mandi, kami pergi bersarapan di restoran yang ada di dalam hotel kami. Pada pukul tujuh, bas kami datang. Kami menaiki bas dan terus pergi. Perjalanan ke Movieworld mengambil masa 30 minit dari hotel kami.
Apabila sampai di sana, adik kembar saya tidur. Ibu dan bapa saya mengejutkan adik saya. Sebelum masuk, saya mengambil peta untuk Movieworld daripada kaunter peta di sana. Di dalam Movieworld, ada banyak permainan yang seronok. Di situ juga ada banyak permainan wayang superhero seperti Superman dan Batman. Permainan yang saya paling suka ialah Scooby-Doo Spooky Coaster. Permainan itu sangat menyeramkan kerana ada beberapa robot yang seperti hantu.
Permainan kedua yang saya suka ialah Wild West Falls Adventure Ride. Permainan itu membuat saya basah kuyup kerana saya harus menaiki bot. Bot itu akan naik ke puncak gunung sebelum menggelongsor ke bawah. Saya berasa takut apabila bot yang saya naik, menjunam ke bawah kerana gelongsor air itu setinggi lima tingkat!
Permainan ketiga yang saya suka ialah Road Runner Rollercoaster. Saya suka permainan ini kerana permainan ini sesuai untuk orang yang takut naik permainan yang tinggi seperti saya. Saya juga naik permainan lain seperti Sylvester & Tweety Cages dan landasan kereta api Yosemite Sam.
Sebelum pulang, kami membeli beberapa cenderahati seperti cawan dan botol air. Saya tidak akan dapat melupakan Movieworld.
No comments:
Post a Comment